“Ingat Mereka Bagus…” – Nabil Hentam Rakan Artis, Siapakah? Setepek Kena Batang Hidung

Posted on

Nabil Ahmad kali ini tampil memebri kenyataan dan menyatakan rasa kesal dengan sikap segelintir artis Malaysia.

Nabil kecewa denagn artis Malaysia kuat sentap dan sukar memberi sokongan terhadap rakan lain ketika hadir ke sebuah acara hiburan.

Oleh itu, Nabil kini lebih gemar mengendalikan acara atau majlis yang tidak ada melibatkan artis.

Ini pendedahan Nabil:

“Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis.

“Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu.


“Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan,”

Pengacara popular ini juga mengatakan artis Malaysia mempunyai sifat malas untuk memberi tepukan dan sorakan kepada rakan yang berada di pentas.

Disebabkan itu, Nabil tidak menganggap dirinya selebriti tetapi dia bekerja hanya untuk industri seni.

Ini komen Nabil lagi:

“Takkan saya naik atas pentas dan minta orang tepuk. Awak kerja macam saya, cuba naik atas pentas tapi tak ada orang tepuk apa yang awak rasa.

“Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain.


“Sebab itulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi bekerja untuk industri,”

Dalam pada itu, Nabil tidak kisah jika kenyataannya ini akan mengundang kecamanmalah menyatakan ini adalah pandangan peribadinya yang pernah melalui pengalaman mengendali acara hiburan namun tidak mendapat sokongan rakan selebriti yang lain.

Ini penjelasan Nabil:

“Saya dah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya cakap ini adalah benda yang betul.

“Sudah banyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada artis lain tengoklah macam mana sikap mereka,”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *