JIRAN TAMPIL DEDAH PERANGAI SEBENAR REMAJA PUKUL IBU SENDIRI

Posted on

Semalam agak kecoh tentang video seorang remaja memukul ibunya sendiri.

Video itu menunjukkan remaja berkenaan memukul ibunya yang disyaki kerana ada kaitan dengan duit.

Ramai netizen yang mengecam tindakan remaja yang dikatakan bernama Syukri itu.

Syukri dikatakan kini berumur 16 tahun.

Apabila kes itu tersebar, ada jiran yang mendedahkan perangai sebenar Syukri.

Syukri dikatakan seorang yang baik di mata jiran-jiran dan masyarakat.

Ini pendedahan jiran Syukri:

Korang nak tau cerita tak? Syukri ni sebenarnya baik budaknya.. cuma jangan ganggu dia.. dia mudah marah …

Dia ni rajin cari duit poket sendiri walaupun ada kala duit tu tak dapat kat dia sepenuhnya..

Tiap pagi seawal 6.30pagi sebelum pergi sekolah dia akan tunggu depan rumah jiran OKU untuk dia bantu pimpin pakcik tu ke kereta..

Kadang-kadang kalau ada orang pindah rumah dia la tolong angkat-angkat barang.. aku sendiri pun kemas umah banyak barang nak buang tak cukup tangan nak buat dia jugak la yang tolong..

Kalau orang balik pasar baynak barang nak bawa dia jugakla tanya nak dia tolong angkat ke tak…

Kadang-kadang selisih kat tangga dia tegur je semua orang..hormat orang tua.. masuk dalam tong sampah besar korek-korek sampah cari tin..cari botol.. untuk dia jual merata tong dia masuk cari duit.. dia tak mencuri.. dia nak apa-apa dia tanya dulu..

Aku tak tau nak cakap disebabkan 1 video dia pukul mak dia atas sebab semua orang pun tak tau kenapa, orang boleh cakap dia macam-macam benda..

Aku tak cakap apa yang dia buat tu betul.. pukul mak kot.. tak kan nak sokong kan.. tapi kita tak ade kt tempat dia..kita tak tau apa cerita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *