WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Biasiswa MyBrainSc 2024 dibuka

Detik yang ditunggu oleh mahasiswa kini sudah tiba! Kini MyBrain telah dibuka untuk sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

Program Biasiswa MyBrainSc 2024 merupakan satu inisiatif yang diilhamkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk menyokong Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Program ini tidak hanya menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar terbaik negara, tetapi juga merupakan tonggak penting dalam usaha mewujudkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi.

Objektif Program MyBrainSc

Objektif Program yang telah ditetapkan bagi Program Biasiswa MyBrainSc adalah seperti berikut:

  • Melahirkan Tenaga Pengajar Berkualiti yang dapat memenuhi keperluan tenaga pengajar di universiti-universiti awam dengan menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang sains tulen.
  • Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi
  • Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate
  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

Syarat Am Permohonan Biasiswa MyBrainSc

Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik , di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Via Bernama

Syarat Khusus Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2024

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan tiga kategori peringkat pengajian:

1) IJAZAH PERTAMA

  • Terbuka hanya kepada warganegara Malaysia
  • Umur tidak boleh melebihi 21 tahun pada tahun permohonan.
  • Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya:
    • PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, atau;
    • SAT perlu mencapai skala 1180/1600
    • International Baccalaureate, 40/45 atau;
    • 4A dalam A Level.
  • Pelajar yang berada dalam semester akhir di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma juga layak memohon.
    • SAT perlu mencapai skala 1180/1600
    • 40/45 dalam IB Diploma dan A-Level.
  • Tidak Menerima Biasiswa/Tajaan Lain dan tidak terikat dengan mana-mana penaja sebelum ni.

2) IJAZAH SARJANA

  • Terbuka hanya kepada warganegara Malaysia
  • Umur tidak boleh melebihi 28 tahun pada tahun permohonan
  • Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya:
    • PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dalam Ijazah Pertama, dan;
    • Mod pengajian juga perlu dalam mod penyelidikan penuh
  • Tidak Menerima Biasiswa/Tajaan Lain dan tidak terikat dengan mana-mana penaja sebelum ni.
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta perlu bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon perlu mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan pada Semester 1, Sesi 2024/2025 bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian Sarjana.

3) IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

  • Terbuka hanya kepada warganegara Malaysia
  • Umur tidak boleh melebihi 35 tahun pada tahun permohonan
  • Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya:
    • PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dalam Ijazah Pertama, dan;
    • Mod pengajian juga perlu dalam mod penyelidikan penuh
  • Tidak Menerima Biasiswa/Tajaan Lain dan tidak terikat dengan mana-mana penaja sebelum ni.
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta perlu bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon perlu mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan pada Semester 1, Sesi 2024/2025 bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian Sarjana.

Cara Permohonan MyBrainSc 2024

Permohonan untuk Program Biasiswa MyBrainSc bagi sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 20 Mac 2024 jam 5 petang sehingga 19 April 2024 jam 11.59 malam. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPT di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/. Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna sistem dengan klik menu “LOG MASUK” di atas laman web tersebut. Permohonan secara manual tidak akan diproses.

Pemohon bagi peringkat Sarjana dan PhD perlu memastikan bahawa rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia atau bakal penyelia sebelum mengemukakan permohonan. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh 19 April 2024 jam 11.59 malam tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi MyBrainSc di sini.

Via Kementerian Pendidikan Tinggi

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori