WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024

Satu lagi peluang emas untuk para penuntut institusi peringkat tinggi!

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 kini dibuka untuk permohonan kepada warga negara Malaysia yang berkelayakan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengalu-alukan pemohon yang berminat untuk menyertai program ini. Program ini menyediakan peluang pengajian Sarjana dan Ijazah Kedoktoran, baik di dalam negara mahupun di luar negara. Permohonan secara dalam talian dibuka dari 4 Mac hingga 29 Mac 2024.

Syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2024 adalah seperti berikut:

Syarat-syarat dan Kelayakan Memohon

  • Warga Negara Malaysia; dan
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2024.

Syarat khusus adalah seperti tertera:

  • Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama bagi calon Sarjana; atau
    • Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D;
  • Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2024 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA
  • Telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2024 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian yang diutamakan
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis
  • Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
    • Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan;
    • Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib (calon tiada penglibatan dianggap tidak memenuhi syarat dan tidak akan disenarai pendek untuk temu duga).
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan.

Bidang Keutamaan

  1.  Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM)
  2. Teknologi Kejuruteraan
  3. Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
  4. Ekonomi
  5. Undang-Undang
  6. Kewangan Islam

Sub-bidang dalam bidang yang disenaraikan boleh rujuk di sini

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my mulai 4 Mac 2024 sehingga 29 Mac 2024. Ruangan perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan kepada pihak JPA bersama-sama dengan dokumen-
dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D);
  • Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D);
  • Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti / institusi pengajian atau slip/ pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian;
  • Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
  • Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.
  • Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk laman sesawang rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam di sini. Jangan ketinggalan perkembangan pendidikan dan info semasa kami!

Iklan Biasiswa

 

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori