WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Cara Mudah Daftar PADU 2024

Pada 2 Januari 2024, kerajaan telah mengumumkan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Ringkasnya, ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memperbaharui dan mengintegrasikan data negara ke dalam format digital yang selamat dan komprehensif.

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat mereka dalam sistem ini.

Salah satu kelebihan mendaftar PADU 2024 adalah untuk memastikan bahawa individu yang layak menerima subsidi bersasar, bantuan, dan perlindungan sosial tidak terlepas daripada manfaat yang mereka layak terima.

Kenapa Perlu Daftar PADU?

Apabila anda mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam portal PADU, anda tidak ketinggalan menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Fasa 1 memerlukan tiga (3) bulan bagi Kerajaan memproses data individu untuk menentukan kelayakan terhadap jenis bantuan yang disediakan.

PADU akan menjadi panduan kerajaan untuk penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berasaskan data, termasuk subsidi kepada golongan yang memerlukan serta peningkatan dalam bidang kebajikan sosial.

3 Cara Mudah Daftar Padu

  1. Maklumat Asas:
    • Layari laman web www.padu.gov.my dan tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. Isi maklumat pendaftaran dengan sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Pastikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk menerima OTP.
  2. Pengesahan Akaun:
    • Isi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam masa 3 minit. Jika tidak menerima OTP dalam masa yang ditetapkan, sila buat permohonan semula atau OTP akan tamat.
  3. Tetapkan Kata Laluan:
    • Tetapkan kata laluan dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, dan simbol istimewa. Kata laluan ini penting untuk log masuk semasa proses pengemaskinian maklumat.
Cara Daftar Padu

Jangan Lupa Isi Maklumat Penting!

Berikut adalah senarai maklumat penting yang wajib diisi sebelum menghantar permohonan anda secara dalam talian.

  • Maklumat asas seperti taraf perkahwinan, alamat peribadi, maklumat bank
  • Alamat & kediaman terkini, jenis kediaman semasa dan status pemilikan kediaman
  • Pendidikan termasuklah tahap sijil tertinggi dan bidang pengajian
  • Maklumat Isi Rumah dan butiran peribadi tentang ahli isi rumah seperti status warganegara, nama dan nombor kad pengenalan, jantina dan hubungan pertalian
  • Status dan Pendapatan Bulanan, termasuklah kategori pekerjaan dan aktiviti utama
  • Status Pendapatan Lain termasuk sumbangan kerajaan dan pendapatan dari aset hartanah
  • Komitmen lain seperti pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman pendidikan dan lain-lain
  • Bantuan kerajaan termasuk kategori dan nilai sumbangan yang diterima
Via PADU

Anda boleh merujuk video panduan langkah demi langkah di bawah:

Tiada Peranti atau Tidak Pasti Bagaimana?

Usah risau, kerajaan telah memperkenalkan mod pendaftaran secara manual. Anda boleh mengisi borang ataupun datang ke kaunter PADU yang akan dibuka berdekatan anda.

Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:

  1. Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
  2. Maklumat bank
  3. Pendidikan tertinggi
  4. Maklumat pekerjaan
  5. Maklumat pendapatan
  6. Maklumat komitmen

Tunggu apa lagi… jom daftar dan kemaskini maklumat anda di PADU sebelum 31 Mac 2024.

Jangan ketinggalan info semasa dan info bantuan kerajaan di Warta Semasa.com!

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori