WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Harga Tiket Antarabangsa akan Naik

Mulai 1 Jun 2024, penumpang penerbangan dari KLIA akan dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang baru. PSC ini akan berbeza-beza mengikut destinasi penerbangan. MAVCOM (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) mengumumkan bahawa penumpang yang membeli tiket sebelum 1 Jun 2024 tidak akan terjejas oleh kadar PSC baru ini. Kadar ini juga tidak tertakluk kepada mereka yang terbang selepas 1 Jun 2024.

MAVCOM juga menjelaskan bahawa pindaan pada kadar PSC. Antara lain yang turut merangkumi dalam kadar kenaikan ini seperti caj keselamatan dan kos penyediaan perkhidmatan keselamatan di lapangan terbang.

Via Mavcom

Apa itu PSC?

Sebelum ini, ia dikenali sebagai cukai lapangan terbang. Sekarang ini, ia dikenali sebagai Caj Perkhidmatan Penumpang atau PSC. Ia merupakan sebuah cukai yang akan dikutip oleh syarikat penerbangan semasa jualan tiket. Hasil tersebut akan dibayar kepada Malaysia Airports selepas penerbangan tiba. Sekiranya seseorang pelanggan itu tidak menaiki penerbangan tersebut walaupun sudah membeli tiket, maka mereka boleh menuntut semula caj PSC yang telah dikenakan.

Kadar PSC yang baru, dikenakan ikut destinasi

Dalam pindaan kadar PSC yang baru, MAVCOM juga memperkenalkan caj untuk penumpang yang ‘transfer’ atau bertukar pesawat di lapangan terbang Malaysia. Bagi destinasi domestik, kadar PSC masih lagi kekal iaitu sebanyak RM11.

Via MAVCOM

Bagaimanapun, akan ada peningkatan harga untuk destinasi antarabangsa dan kadar baharu untuk penumpang yang bertukar pesawat.

Misalnya untuk KLIA Terminal 1, kadar PSC sebelum 1 Jun hanya RM35 untuk PSC Pelepasan dalam ASEAN. Selepas 1 Jun, kadar tersebut akan disamaratakan menjadi RM73 tanpa mengira luar atau dalam ASEAN. PSC Transfer pula akan dikadarkan pada RM42.

Untuk KLIA Terminal 2 dan lapangan-lapangan terbang lain serata Malaysia, kadar PSC Pelepasan adalah RM50 manakala untuk caj PSC Transfer pula adalah RM29.

Kadar baharu PSC di Lapangan Terbang Senai

Selain itu, kadar baharu PSC juga akan dikuatkuasakan untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor. Bagi destinasi domestik, kadar semasa RM11 akan meningkat kepada RM16. Manakala bagi PSC Transfer, para penumpang akan dicaj RM10.

Via MAVCOM

Sementara itu bagi penumpang antarabangsa, kadar yang dikenakan dalam PSC Pelepasan adalah sama dengan kadar di Terminal 2. Kadar yang sama juga turut dikenakan untuk PSC Transfer, iaitu sebanyak RM29.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh merujuk laman sesawang MAVCOM untuk butiran yang lebih tepat dan mutakhir.

 

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori