WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Jadual Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah

Satu berita baik untuk golongan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024!

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dimasukkan ke dalam akaun penerima bermula 29 Januari 2024. Ini merupakan langkah Kerajaan untuk memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang diperlukan.

Sebanyak 8.2 juta individu yang layak telah mendaftar untuk STR 2024 sehingga kini.

Walaupun begitu, jumlah ini dijangka meningkat kepada hampir 9 juta individu bagi tahun ini. Hal ini kerana proses permohonan dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbeza dengan amalan sebelum ini yang hanya dibuka sekali setahun.

Bayaran STR Fasa 1 tahun ini telah dinaikkan hingga RM500 kepada setiap isi rumah berbanding dengan bayaran maksimum sebelum ini, iaitu RM300. Dengan peningkatan ini, peruntukan bagi Fasa 1 telah meningkat sebanyak 26% kepada RM2.1 bilion berbanding dengan RM1.67 bilion pada tahun sebelumnya, dalam usaha membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Jadual Pembayaran Fasa untuk STR 2024

Bermula pada Isnin, 29 Januari 2024, bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan diberikan kepada penerima yang telah mendaftar dalam pangkalan data STR. Bayaran ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) atau bank pilihan penerima STR.

Proses ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Penerima bayaran STR Fasa 1 bagi tahun 2024 merujuk kepada individu yang telah mengemukakan permohonan STR 2024 dan status permohonan mereka adalah “Lulus”.

Via UKK MOF

Tarikh & Jumlah Bantuan yang disalurkan

Untuk bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 ini, Kerajaan telah meningkatkan jumlah bayaran kepada RM500 bagi setiap isi rumah. Ini lebih tinggi berbanding dengan jumlah maksimum sebelumnya iaitu RM300 sebelumnya.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Jadual dan tarikh bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dan Fasa 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ . Ingat, sentiasalah berhati-hati menekan pautan tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab semasa ingin merujuk informasi lanjut mengenai Bantuan STR 2024

Lebih banyak info bantuan kerajaan: Bantuan Kerajaan

 

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori