WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Jawatan Kosong: Institut Kefahaman Islam

Berita baik buat para pencari kerja luar sana!

Institut Kefahaman Islam Malaysia kini mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan Pengarah Bhg. Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia Gred N54 .

 

Maklumat Jawatan Kosong

Jawatan Pengarah Bhg. Wakaf Gred N54 di Institut Kefahaman Islam Malaysia. Jawatan ini dikategorikan sebagai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Taraf Jawatan adalah tetap, dengan tempoh percubaan satu hingga maksimum tiga tahun.

Deskripsi Tugas

Bidang tugas Pegawai Tadbir IKIM merangkumi:

(a) Bertanggungjawab mengetuai Bahagian Wakaf IKIM mengurus Tabung Dana Wakaf IKIM;

(b) Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus, melaksana dan memantau serta melapor program Dana Wakaf Media & Wakaf Ilmu;

(c) Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan urusan pentadbiran, kewangan & pelaburan wakaf IKIM;

(d) Mempengerusikan Mesyuarat Bhg. Wakaf IKIM dan mesyuarat-mesyuarat lain yang diarahkan

(f) Menganggotai Jawatankuasa yang ditetapkan dan ditubuhkan oleh IKIM; dan

(d) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Gaji pokok:

  • Minimum : RM6,904.00
  • Maksimum : RM13,747.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM320.00

Kemahiran yang Diperlukan

Calon perlu memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik. Calon juga harus mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, baik lisan mahupun bertulis. Kemahiran menggunakan komputer, terutamanya dalam aplikasi Microsoft Office, juga diperlukan. Selain itu, calon perlu berkebolehan bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum, menunjukkan inisiatif dan ketekunan dalam menjalankan tugas harian.

Kelayakan dan Pendidikan

Calon perlulah:
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 45 tahun dari tarikh tutup jawatan;
(b) Ijazah Sarjana Muda daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya;
(c) Kepujian Bahasa Melayu, sekurang-kurangnya Gred C
(d) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 20 tahun dalam bidang berkenaan;
(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang menguasai Bahasa Inggeris dengan baik

Maklumat Tambahan

Jawatan ini terbuka hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. Permohonan hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 3 April 2024 jam 4.30 petang.Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu untuk menghadiri temuduga. Jika anda berminat dan memenuhi kelayakan yang diperlukan, jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai IKIM!

Selamat berjaya!

Untuk paparan iklan permohonan, boleh tekan sini.

Untuk langkah permohonan, boleh tekan sini.

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori