WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Jawatan Kosong: Institut Kefahaman Islam

Berita baik buat para pencari kerja luar sana!

Institut Kefahaman Islam Malaysia kini mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir gred N41 .

 

Maklumat Jawatan Kosong

Jawatan Pegawai Tadbir gred N41 di Institut Kefahaman Islam Malaysia. Jawatan ini dikategorikan sebagai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Taraf Jawatan adalah tetap, dengan tempoh percubaan satu hingga maksimum tiga tahun.

Deskripsi Tugas

Bidang tugas Pegawai Tadbir IKIM merangkumi:

(a) Mengurus program dan aktiviti IKIM termasuk memo dalaman, pengurusan penceramah dan panelis luar, serta rekaan promosi program IKIM;

(b) Mengendalikan protokol di IKIM termasuk menyediakan skrip untuk majlis dan pembaca doa, serta mengurus pendaftaran peserta secara dalam talian;

(c) Menyediakan laporan program IKIM, bahan untuk mesyuarat, dan memastikan kebersihan pejabat serta memuat naik bahan program ke dalam sistem pengurusan aset digital, dan;

(d) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Gaji pokok:

  • Minimum : RM2,688.00
  • Maksimum : RM9,932.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

 

Kemahiran yang Diperlukan

Calon perlu memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik. Calon juga harus mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, baik lisan mahupun bertulis. Kemahiran menggunakan komputer, terutamanya dalam aplikasi Microsoft Office, juga diperlukan. Selain itu, calon perlu berkebolehan bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum, menunjukkan inisiatif dan ketekunan dalam menjalankan tugas harian.

Kelayakan dan Pendidikan

Calon perlulah:
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 25 tahun dari tarikh tutup jawatan;
(b) Ijazah Sarjana Muda daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya;
(c) Kepujian Bahasa Melayu, sekurang-kurangnya Gred C
(d) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang berkenaan;
(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang menguasai Bahasa Inggeris dengan baik

Maklumat Tambahan

Jawatan ini terbuka hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. Permohonan hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 22 Mac 2024 jam 4.30 petang.Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu untuk menghadiri temuduga. Jika anda berminat dan memenuhi kelayakan yang diperlukan, jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai IKIM

Selamat berjaya!

Untuk paparan iklan permohonan, boleh tekan sini.

Untuk langkah permohonan, boleh tekan sini.

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori