WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2024: Cara Mohon dan Syarat Kemasukan

Ada ijazah? Berminat untuk menjadi guru? Umur Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjemput graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan bukan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2024.

Keterangan Program

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.

Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PDPP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Syarat dan Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024, iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989.
  • Memiliki sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.
  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50 ; ATAU
  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM

Bidang Pengkhususan yang Ditawarkan

  1. Sekolah Kebangsaan (SK)
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
    • Pendidikan Seni Visual
    • Pendidikan Muzik
    • Pendidikan Islam
    • Pendidikan Jasmani
    • Sains
    • Matematik
    • Bahasa Arab
    • Reka Bentuk dan Teknologi
    • Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
    • Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
    • Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
    • Pemulihan
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    • Pendidikan Jasmani
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
    • Pendidikan Seni Visual
    • Pendidikan Muzik
    • Pendidikan Islam
    • Pendidikan Jasmani
    • Sains
    • Matematik
    • Reka Bentuk dan Teknologi
    • Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    • Pendidikan Jasmani
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
    • Sejarah
    • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
    • Pendidikan Seni Visual
    • Pendidikan Muzik
    • Pendidikan Islam
    • Pendidikan Jasmani
    • Matematik
    • Reka Bentuk dan Teknologi
    • Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    • Pendidikan Jasmani
    • Pemulihan
  4. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
    • Matematik
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Pendidikan Islam

Syarat Bidang Pengkhususan

Calon yang memohon bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European
Framework for Languages (CEFR) seperti Malaysian University English Test (MUET), International English Language Testing System (IELTS), C2 Proficiency (CPE), Aptis Advanced, C1 Advanced (CAE), Aptis Remote, Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Linguaskills.

Manakala calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan TESL perlu memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bahasa Cina/bahasa Tamil di peringkat SPM.

Calon yang Tidak Layak Memohon

  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  • Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi termasuk agensi Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam peperiksaan serta ditamatkan daripada pengajian
  • Calon yang diisytiharkan bankrap.
  • Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41
  • Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan
    penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di alamat https://mypdpp.moe.gov.my mulai 14 Mac 2024.

Maklumat lanjut boleh dicapai menerusi laman sesawang rasmi https://mypdpp.moe.gov.my

Iklan Permohonan PDPP 2024

 

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori