WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Projek Rumah PPR: Syarat & Cara Memohon

Di tengah-tengah kehidupan moden yang semakin mencabar, akses kepada tempat tinggal yang berkualiti dan mampu adalah hak asasi setiap individu. Dalam usaha memenuhi keperluan ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR). Dengan fokus kepada golongan berpendapatan rendah, PPR tidak hanya menyediakan tempat tinggal, tetapi juga membawa harapan dan impian kepada mereka yang memerlukan.

Ini sebab PPR dilaksanakan

Diperkenalkan pada Februari 2002, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan sasaran untuk memiliki atau menyewa unit-unit rumah dengan kadar yang mampu, membantu mereka meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Dalam kategori PPR, terdapat dua pilihan utama iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. PPR Disewa menyediakan rumah-rumah pada kadar sewa yang berpatutan, bermula dari RM124.00 sebulan. Manakala, PPR Dimiliki membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan; bermula dari RM35,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM42,000.00 di Sabah dan Sarawak.

Via Kosmo Digital

Kemudahan PPR yang disediakan

Rumah-rumah PPR dibina mengikut spesifikasi perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005). Ini termasuk pelbagai jenis rumah seperti rumah bertingkat untuk kawasan bandar besar dan rumah teres untuk kawasan pinggir bandar. Setiap unit mempunyai keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi dan dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, dan 2 bilik air.

Selain itu, kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), taman permainan, dan kawasan lapang turut disediakan bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup penghuninya. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan bahawa warga masyarakat mendapat akses kepada pelbagai kemudahan yang menyokong keperluan kehidupan seharian.

Syarat Permohonan Rumah PPR

Syarat-syarat bagi Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah sebelum ini/ pemilik pertama kali
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Cara Permohonan

Permohonan manual boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR setiap negeri dengan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sebarang maklumat terbaharu tentang Projek Rumah PPR akan dipaparkan dalam laman sesawang mereka.

Permohonan dalam talian pula boleh dibuat menerusi pautan TEDUH. Sistem Bank Data Perumahan Negara (TEDUH)  merupakan portal rasmi yang menampilkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek serta program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Harus diingatkan, Jabatan Perumahan Negara tidak pernah melantik ejen atau wakil untuk memohon rumah PPR. Anda perlu berhati-hati sekiranya terjumpa mana-mana iklan yang menawarkan peluang untuk memiliki rumah PPR tanpa melalui dua jalan permohonan yang telah dinyatakan.

Baca lagi: 5 Langkah Laporkan Wang Hilang dari Bank

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori