WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Cara Semakan Dividen Tabung Haji 2024

Pengumuman kadar pengagihan dividen ASB telah menimbulkan tanda tanya berkaitan pengumuman dividen atau hibah Tabung Haji (TH) sejak awal tahun ini.

Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah berlangsung pada 2 April 2024 (Selasa), di Menara TH, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut berkenaan jumlah agihan pendapatan TH 2023/2024 serta kadar yang diperolehi pada tahun-tahun sebelumnya turut dikongsikan. Berkenaan kelayakan menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2024, terdapat kriteria yang perlu dipatuhi:

  1. Membuka akaun sebelum atau pada 5 Disember bagi tahun kewangan terbabit.
  2. Akaun mesti berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan.
  3. Pendeposit yang menutup akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terbabit.

 

Via Tabung Haji

Pada 2 April 2024, Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2023 kekal pada kadar 3.10% setelah zakat 2.57 peratus dilunaskan bagi pihak pendeposit.

Baca Lagi: 5 Langkah Laporkan Wang Hilang dari Bank

Tarikh Semakan Dividen Tabung Haji

Semakan dividen Tabung Haji (TH) ini boleh dibuat mulai  2 April 2024 jam 12.00 tengah hari melalui;

  1. Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank
  2. THiJARI
  3. ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB

Cara Semak Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2023

Berikut cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2023 / 2024 secara online melalui portal THiJARI:

  1. Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di www.thijari.com.my.
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
  5. Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan Februari 2022 atau ‘Transaksi Terkini’.
    Jumlah dividen yang dikreditkan akan tertera sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2023.

 

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori