WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Permohonan Dana Komuniti SejaTiMadani

Inisiatif baharu Kerajaan MADANI telah diperkenalkan dengan tujuan untuk menggalakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan masyarakat melalui pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.

Program ini bertujuan untuk memperkasa komuniti melalui pelbagai aktiviti peningkatan sosioekonomi.

Permohonan untuk Program SejaTi MADANI akan dibuka bermula pada 25 Mac 2024 hingga 30 September 2024. Ini memberi peluang kepada komuniti untuk memohon manfaat daripada program ini demi kemajuan ekonomi bersama.

Golongan Sasar

Dalam program ini, golongan sasar penerima bantuan ini merangkumi komuniti bandar atau luar bandar termasuklah:

  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
  • Komuniti Rumah Panjang
  • Komuniti Kampung Orang Asli
  • Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); dan
  • Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif
Via Malaysia Aktif

Syarat Permohonan

Program yang dimohon hendaklah program/ aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama serta bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan.

5 sektor utama tersebut ialah:

  • pertanian dan makanan
  • jahitan dan kraf tangan
  • herba dan kesihatan
  • pelancongan dan hospitaliti
  • aktiviti hijau dan kitar semula

Baca Lagi: Jadual Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah

Kategori Permohonan

Kategori permohonan bagi bantuan SejaTi MADANI terbahagi kepada tiga (3) iaitu:

  • Rintis – Program/ produk/ perkhidmatan yang baru diwujudkan dalam tempoh kurang dari setahun;
  • Peningkatan – Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang telah wujud di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun; dan
  • Pengembangan – Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang wujud melebihi tiga (3) tahun.

Cara memohon SejaTi MADANI 2024

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySejaTi MADANI di pautan https://sejatimadani.icu.gov.my/home

Bagi komuniti yang tidak mempunyai capaian internet, permohonan secara manual juga boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, Pejabat Residen, atau Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Keputusan daripada Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan oleh pemohon dan dihantar bersama-sama Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ).

Pengerusi hendaklah mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ) secara fizikal kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mendapat kelulusan.

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian berikut:

Sekretariat SejaTi MADANI,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 2, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

Tel: 03-8872 3888/ 6430 / 6406 / 6401
E-mel: sekretariatMADANI@icu.gov.my

 

 

 

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori