WartaSemasa

Info Semasa, Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Pendidikan & Kewangan

Semakan Permohonan Guru MySPP 2024

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengalu-alukan graduan pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan menerima keputusan senat universiti sebelum atau pada 26 April 2024 untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara lantikan kontrak (interim) untuk ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Graduan pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemaskini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 26 April 2024 (Jumaat).

Mereka yang telah memohon atau mengemaskini maklumat permohonan melalui mySPP pada tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024 tidak perlu membuat pengemaskinian semasa tempoh pengumuman ini.

Graduan pendidikan juga tidak dibenarkan mengemaskini permohonan selepas tarikh tutup pengumuman bermula 27 April 2024 sehingga 1 Jun 2024.

Mereka dinasihatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemaskini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemaskini maklumat akan merosakkan peluang untuk dipanggil temuduga.

 

Hanya graduan pendidikan yang lulus tapisan dan memenuhi syarat akan dipertimbangkan untuk panggilan temuduga mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP. Keputusan panggilan temuduga adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Apa itu MySPP?

Tahukah anda, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah dilakukan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP bermula 15 Julai 2020.

SPP berperanan sebagai Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dalam urusan-urusan seperti pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke jawatan tetap atau jawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

Kuasa SPP dilaksanakan melalui beberapa mesyuarat termasuk Mesyuarat Suruhanjaya mengenai urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat, serta Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :

  • Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
  • Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  • Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
  • Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
  • Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.

Anda boleh meneliti syarat-syarat khusus permohonan di laman rasmi SPP: https://www.spp.gov.my/images/Iklan_PPP_TETAP_Tahun_2024_SPP.pdf.

Daftar permohonan mySPP anda di sini: https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php

Baca lagi: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2024: Cara Mohon dan Syarat Kemasukan

Ikuti Group Whatsapp WartaSemasa :

 

Kategori